Fully credited to TipsHartanah
-------------------------------------------------------------
Sebelum anda membaca lanjut, sila ambil perhatian bahawa ini hanya sekadar rujukan kasar dan TIDAK harus diambil sebagai panduan muktamad untuk permohonan pinjaman anda kerana setiap bank mempunyai polisi dan cara pengiraan yang berbeza.
Jom kita mula kira…
Berapa Gaji KASAR anda (atau pendapatan bersama pasangan anda) ?
Katakan: RM8,000
Tolak (-) : Pembayaran tetap lain dari gaji anda seperti EPF, SOCSO, Income Tax, DLL.
Katakan: RM2,500
Sekarang, kira berapakan pembayaran komitmen (pinjaman) anda setiap bulan seperti bayaran kereta, kad kredit, pinjaman peribadi, dsb. Senang cakap yang ada rekod CCRIS.. (So kalau ada yg pinjam pada Ah Long tu kira tak masuk sini la.. tp jangan cuba2 pinjam Ah Long ye..)
Katakan: RM3,000
Oleh itu, Gaji Bersih adalah:-
Gaji BERSIH: RM8,000 – RM2,500 – RM3,000 = RM2,500
Sekarang berdasarkan Gaji bersih inilah baru ditentukan berapa pinjaman yang boleh anda pohon atau berapa harga rumah yang boleh anda beli.
Bermula Januari 2012 lepas pengiraan berdasark gaji bersih ini menggunakan apa yang dipanggil sebagai Debt Ratio/Debt Service Ratio/Debt Burden Ratio (DR)atau Nisbah Tanggungan Hutanganda. Dalam bahasa mudah faham, berapa peratus yang akan bank benarkan anda pinjam berdasarkan baki bulanan di atas (dalam kes ni RM2,500).
Nisbah ini adalah berbeza mengikut bank. Dari apa yang saya tahu adalah sekitar 70%-80% dan sesetengahnya memberikan lebih tinggi. Oleh itu untuk contoh pengiraan ini saya gunakan 2 contoh pengiraan iaitu 70% dan 80%.
Ini bermaksud… jika bank memberikan:-
DR = 70% : maka komitmen maks bulanan yang dibenarkan adalah RM2,500 x 70% = RM1,750 sebulan
DR = 80% : maka komitmen maks bulanan yang dibenarkan adalah RM2,500 x 80% = RM2,000 sebulan
Oleh itu berdasarkan kedua-dua contoh di atas, maka secara kasarnya jumlah pinjaman yang boleh anda pinjam, berdasarkan kadar pinjaman asas (BLR) semasa pada 6.6% untuk tempoh 30 tahunadalah:-
Jika komitment dibenarkan; RM1,750 – Jumlah pinjaman yg boleh dipohon: ~RM274,000
Jika komitment dibenarkan; RM2,000 – Jumlah pinjaman yg boleh dipohon: ~RM313,000
Anda boleh mengira pinjaman di atas menggunakan contoh kalkulator berikut (Klik Button) Kalkulator Pinjaman
Berapa harga rumah yang boleh anda beli?
Dengan andaian anda boleh memohon sehingga 90% dari harga rumah, maka cara mudah untuk anda kira adalah:-
(Jumlah Pinjaman Yg Layak x 100) / 90
Dalam kes di atas:-
Pinjaman Yg Layak RM274,000, maka Harga rumah yang boleh dibeli : (274,000*100)/90 =~RM304,000
Pinjaman Yg Layak RM313,000, maka Harga rumah yang boleh dibeli : (313,000*100)/90 =~RM348,000
Semoga sedikit penjelasan di atas membantu mereka yang masih tidak jelas. Saya harap selepas ini kepada sesiapa yang merancang untuk membeli rumah untuk membuat pengiraan ini terlebih dahulu supaya anda tidak terlebih bajet dan berisiko kehilangan deposit anda.
*Bagi mereka yang baru bekerja atau mempunyai komitment pinjaman yang sangat rendah, kemungkinan had pinjaman perumahan anda sehingga ~40% daripada gaji anda sahaja walaupun anda boleh mendapatkan pinjaman yang lebih tinggi berdasarkan pengiraan di atas. Ini bermaksud jika gaji anda adalah RM3,000 sebulan tetapi berdasarkan contoh pengiraan di atas anda layak meminjam dengan bayaran bulanan sehingga RM2,000, had pinjaman anda mungkin dihadkan kepada bayaran bulanan maksimum RM1,200 sahaja. Ini adalah antara faktor-faktor lain yang dipertimbangkan oleh bank selain rekod CCRIS dan CTOS yang baik.